Wednesday, July 18, 2012

1.1 Sipnosis Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untuk mengatasi ‘Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah Dengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan. Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, mereka haruslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan ini sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa.
Tajuk 1 Pendidikan Pemulihan • Konsep, Objektif, dan Rasional Pendidikan Pemulihan • Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan • Jenis Pendidikan Pemulihan • Ciri Murid Pemulihan 1.1 Sipnosis Program Pemulihan telah dilaksanakan semenjak tahun 60-an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah menguasai 3M. Penguasaan kemahiran asas 3M di peringkat awal terutama di Tahun 1 adalah amat penting untuk mengatasi ‘Academic Deficit’ dalam kalangan murid-murid sekolah rendah daripada berterusan hingga ke sekolah menengah Dengan demikian program KBSR menitikberatkan strategi pengajaran secara kumpulan. Dalam hubungan ini, murid-murid diajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Bagi murid-murid yang masih belum berjaya menguasai kemahiran tertentu, mereka haruslah menjalani satu program pemulihan. Melalui program pendidikan pemulihan ini sama ada dalam kelas biasa atau kelas khas, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid biasa. 1.2 Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan konsep, objektif dan rasional pendidikan pemulihan serta masalah penguasaan pembelajaran; ii. Mengenal pasti perbezaan di antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan; iii. Menyenaraikan jenis-jenis pemulihan; dan iv. Mengenalpasti ciri-ciri murid pemulihan. 1.3 Kerangka Konsep PENDIDIKAN PENDIDIKAN PEMULIHAN IMBUHAN JENIS CIRI MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN PEMULIHAN 1.4.1 Definisi i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. ii. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. iii. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. iv. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983) Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa. vi. Tansley (1967) : ‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’ vii. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975): ‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-sekolah biasa.’ viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984): ‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’ ix. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986): ‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’. 1.4.2 Konsep Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas. Rumusan Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa 1.4.3 Program Pemulihan “... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...” (Buku Panduan Am KBSR, 1982) Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas. Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa, akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan prestasi dari semasa ke semasa. 1.4.4 Rasional i. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”. ii. Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada pelaksanaan program ini. iii. Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. 1.4.5 Punca dan Bidang Kuasa i. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5): “Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai, saiz kelas yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu”. ii. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran • Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. (Guru Khas Pendidikan Pemulihan) • Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986. (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986) • Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989. (Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di Sekolah-Sekolah Rendah) 1.4.6 Objektif Program Pemulihan adalah; i. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka; ii. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain; iii. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin; iv. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa; v. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran; vi. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran; vii. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan viii. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai. 1.4.7 Sejarah Pendidikan Pemulihan Khas i. Luar Negara • US berkembang pesat selepas termaktub PL 94-142 • UK selepas Laporan Warnock ii. Dalam Negara • bermula 1965 – 3 guru dapat latihan dari England • 1968 - 9 guru lagi dihantar berkursus • Projek Khas Universiti Malaya • Pendidikan Imbuhan dapat sumbangan dari Yayasan Van de Leer Belanda • Latihan Guru: sebagai kursus dalam perkhidmatan • Penuh Masa atau dalam cuti dari 2 hari hingga 1 tahun (KSPK) • Mulai 2001 ditawar sebagai pengkhususan untuk KDPM sepenuh masa (3 tahun) • 2007 Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan perhatian serius. Pernah disarankan di England bahawa kanak-kanak yang mengalami handicap atau suatu keadaan yang boleh menghalang pencapaian suatu tahap pembelajaran yang boleh dicapai oleh kanak-kanak biasa, didedahkan kepada enam jenis pendidikan. a. Pendidikan Imbuhan Untuk kanak-kanak dari persekitaran yang serba kurang atau yang miskin, yang mengalami sekatan budaya untuk perkembangan pembelajaran mereka. b. Pendidikan Penyesuaian Untuk kanak-kanak yang tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan kehendak kurikulum. Kurikulum yang digubal terpaksa diubahsuaikan. c. Pendidikan Khas Untuk kanak-kanak yang buta, pekak atau cacat anggota. d. Pendidikan Khas yang Diubahsuaikan Untuk kanak-kanak yang separuh cacat atau yang mengalami penyakit gila babi, darah tinggi, kencing manis, jantung berlubang atau sebagainya yang menjadi penghalang kepada pencapaian pembalajaran biasa. e. Pendidikan Rawatan Untuk kanak-kanak yang mengalami masalah tekanan emosi atau yang berkelakuan kurang laras, yang menghalang pencapaian pembelajaran biasa. f. Pendidikan Pemulihan Untuk kanak-kanak yang mengalami kesulitan memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. 1.4.8 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Konsep pendidikan pemulihan dan pendidikan imbuhan mempunyai perkaitan yang amat erat. Kedua-dua konsep ini mengandungi banyak unsuryang bertindan lapis di antara satu sama lain. Pendidikan pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khas untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam khas. Aktiviti-aktiviti pemulihan ini biasanya dijalankan dalam suatu tempoh masa yang pendek, iaitu selepas pengajaran kemahiran asas, manakala pendidikan imbuhan pula, merupakan satu program pendidikan yang meliputi bukan sahaja usaha-usaha mengatasi kelemahan pembelajaran tetapi juga usaha-usaha untuk mencegah berlakunya sebarang masalah pembelajaran murid dari peringkat awal. Berbanding dengan pendidikan pemulihan, skop kajian pendidikan imbuhan lebih meluas kerana pendidikan imbuhan meliputi bukan sahaja unsur-unsur pedagogi dalam kelas seperti pendidikan pemulihan, tetapi juga unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar kelas. Konsep pendidikan imbuhan muncul disebabkan ketidakseimbangan peluang pendidikan antara golongan berada dan miskin. Ini bermaksud kanak-kanak dalam golongan bawahan tidak mendapat kemudahan pelajaran yang sepatutnya. Peluang-peluang untuk mendapat pendidikan itu banyak direbut oleh mereka dari golongan atasan. Murid-murid miskin dan kurang bernasib baik menghadapi kekurangan dari segi kemudahan pelajaran, motivasi pembelajaran, kesihatan, kewangan, pendedahan pengetahuan dan sebagainya. Justeru untuk merapatkan jurang perbezaan ini Pendidikan Imbuhan telah di rancang khas dan merupakan pendekatan yang berkesan. Sehubungan itu Pendidikan Imbuhan menitiberatkan perkara-perkara berikut.: i. Tindakan-tindakan diambil di peringkat awal eperti menjalankan ujian diagnostik untuk mengesan punca masalah ii. Penentuan objektif projek yang nyata iii. Rancangan pengajaran dan pembelajaran disusun dengan rapi untuk mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran iv. Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran v. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti vi. Kordinasi dengan agensi-agensi yang boleh member sumbangan untuk program kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan sebagainya. 1.4.9 Jadual Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan 1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tanpa mengira golongan kaya atau miskin. 2. Rancangan pembelajaran ditumpu khas kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas membaca , menulis dan mengira. 3. Skop kajiannya banyak terbatas kepada pedagogi di dalam bilik darjah. 4. Program ini hanya meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaram dalam bilik darjah. 5. Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid di sekolah rendah dan menengah. 6. Objektif ialah membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran-kemahiran asas. 1. Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi. 2. Rancangan pelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid. 3. Skop kajiannya meliputi pedagogi dalam bilik darjah, serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. 4. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, program ini juga meliputi program makanan, bantuan dari segi kemudahan dan kewangan. 5. Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan di peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka. 6. Objektif utama ialah untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan di antara golongan kaya dengan golongan miskin. Mok Soon Sang. 1991:158 1.4.10 Jenis-Jenis Program Pemulihan i. Pemulihan Dalam Kelas a) Pemulihan KBSR • dalam kelas biasa • membantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari b) KIA2M • oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum • untuk membantu murid Tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis) • dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di’bebas’kan • jika gagal Ujian Pelepasan 3, murid tersebut dikehendaki masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya. c) PROTIM • Program Pemulihan 3M • Membantu murid Tahun 6 menguasai 3M • Dilaksana selepas menduduki UPSR ii. Pemulihan Khas a. Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System) • murid yang dikenalpasti • ke kelas pemulihan pada waktu tertentu untuktk BM dan Matematik • dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan. b. Kelas Khas • murid yang dikenal pasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masa • dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M. 1.4.11 Murid Pemulihan Khas Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar apabila telah bersedia. Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:  rencatan akal ringan  kurang peluang  budaya / ekonomi tersekat  gangguan emosi  kurang upaya sensori  bermasalah dalam pembelajaran secara khusus  ganjaran intrinsik • perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) • kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar • pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya . tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka • guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan. 1.4.12 Ciri-Ciri Pelajar yang Memerlukan Pemulihan (Slow Learners) Murid-murid pemulihan ialah murid-murid yang berada dalam Tahap 1 di sekolah-sekolah rendah, iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 3. Mereka ini kerap menunjukkan kesulitan untuk membaca, menulis, mengira, mendengar, berfikir, bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingat kembali. Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau pergerakan yang memerlukan penggunaan otot-otot seni. Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah. • Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah • Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja • Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru • Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja • Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka merancang untuk keperluan semasa. • Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan • Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan • Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman • Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif, • Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan • Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku • Bersikap egosentrik Perhatian: Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process. A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities. Anda telah mendapat maklumat asas tentang konsep pemulihan. Fahamkah anda konsep ini? Untuk memantapkan pemahaman anda, sila rujuk sumber-sumber yang berkaitan di perpustakaan. Catat maklumat baru yang anda peroleh itu. Aktiviti 1 1. Nyatakan dua matlamat utama program pemulihan biasa. 2. Berikan 3 objektif penting dalam pendidikan pemulihan. 3. Apakah ciri-ciri utama murid-murid lemah dalam pembelajaran. 4. Berikan empat (4) strategi untuk membantu murid-murid pemulihan yang mengalami masalah tumpuan untuk belajar. Tajuk 2 Perbezaan Pengelolaan dan Strategi • Pemulihan dalam Kelas Biasa • Pemulihan dalam Kelas Khas 2.1 Sipnosis Pendidikan Pemulihan amat penting dalam sistem pendidikan kini kerana terdapat hampir 20% daripada kanak-kanak, iaitu golongan yang lemah, yang terpaksa bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983), pendidikan pemulihan amat perlu sama ada di kelas biasa atau kelas khas bagi tujuan membantu murid-murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di sekolah khusus yang dihadiri oleh murid atau dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran dan pembelajaran khusus oleh guru pemulihan. 2.2 Hasil Pembelajaran i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan kelas pemulihan; ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dalam kelas pemulihan khas; dan iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dalam kelas biasa. 2.3 Kerangka Konsep 2.4.1 Guru Pemulihan Khas i. Ciri-ciri Guru Pemulihan Khas: Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977): Guru Pemulihan adalah guru yang mempunyai ciri-ciri berikut; • punyai peribadi yang stabil dan mantap • luas bacaan • cerdas • tidak takut disisihkan • sentiasa ingin belajar • cekap dalam pengajaran dan pentaksiran ii. Peranan Guru Pemulihan Khas a. Peranan Penilaian (Assessment Role) • Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M. • Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus. • Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik. b. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role) • Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. • Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan. c. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role) • Mengajar dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai. • Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa. • Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team-teaching’ atau ‘khidmat damping’ sekiranya perlu. d. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role) • Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. • Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi maasalah pembelajaran. e. Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan: • Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan • Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek • Ibu bapa dan waris • Masyarakat • Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar. f. Peranan Kaunseling (Counseling Role) • Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman • Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif. g. Peranan Advokasi (Advocative Role) • Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat Pusat Kegiatan Guru (PKG), daerah malah sehingga ke peringkat negeri. • Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program ‘reach out’ atau ‘outreach’. 2.4.2 Bidang Tugas Guru Pemulihan Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia i. Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus • murid-murid yang dikenalpasti dari Tahun 1 – 6 • keutamaan kepada tahun 1,2 dan 3 ii. Membantu guru-guru asas dalam: • mengenal pasti untuk pemulihan khas • merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan • mengatur jadual waktu pemulihan • mengajar bersama sekiranya perlu iii. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/ doktor/ pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:  mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan  latar belakang iv. Melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran berikut:  kemajuan murid  latar belakang murid  laporan kesihatan  hasil temu bual  rujukan 2.4.3 Pemulihan dalam Kelas Biasa Aktiviti pemulihan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah satu usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Biasanya murid-murid yang memerlukan pemulihan perlu didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul. Dengan adanya pendidikan dalam kelas biasa, murid-murid yang lemah akan merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan satu bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran. Mereka tidak akan merasa diri mereka tersisih. Dengan memahami masalah murid-murid pemulihan ini, guru akan merasa empati terhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza ini, atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta dapat menghayati emosi dan keperluan orang lain. 2.4.4 Proses Pengajaran Pemulihan Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkat-peringkat yang disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung antara satu sama lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999), Program Pemulihan boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah ini mementingkan setiap peringkat dijalankan secara berterusan dan berhubung kait. Proses pengendalian program pemulihan menurut kaedah ini dapat digambarkan dalam rajah berikut: Kaedah JARLIN JA JEJAK R RANCANG LI LAKSANA N NILAI JEJAK Langkah ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Guru dikehendaki mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut. RANCANG Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. LAKSANA Guru harus bijak memilih teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan pengajaran hendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada. Selepas sesuatu pengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat. NILAI Guru harus menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan. 2.4.5 Pelaksanaan Pengajaran Pemulihan di dalam Kelas Biasa Pendidikan pemulihan ini perlu diberikan kepada mereka, supaya murid-murid yang lemah ini mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid lain untuk mendapat layanan yang adil dan sama seperti murid-murid biasa dan membantu mereka mengembangkan potensi hingga ke peringkat yang memuaskan. Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti tambahan yang lebih kompleks, menarik dan mencabar yang bertujuan untuk kemahiran yang telah dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa. Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan di dalam sebuah kelas. Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan pada waktu-waktu tertentu iaitu 20-30 minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna murid-murid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat latihan mereka. Ada masa-masanya pula pengajaran pemulihan boleh dijalankan secepat mungkin apabila satu-satu masalah itu telah dikenalpasti. Guru boleh menggunakan pengelolaan secara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan murid-murid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan. 2.4.6 Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan seperti langkah-langkah berikut; i. Program pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja selepas pembelajaran berlangsung. ii. Murid-murid diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan. iii. Masa khas idak ditentukan. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain membuat aktiviti normal mereka. iv. Guru mewujudkan pengajaran kumpulan. v. Murid-murid yang berkebolehan digalakkan menolong rakannya yang bermasalah dengan membimbing rakan mereka membuat aktiviti pengukuhan. vi. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila dia memerlukannya. 2.4.7 Kelebihan Pemulihan dalam Kelas i. Menjimatkan Masa Penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud. ii. Naluri Kanak-Kanak Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara pengajaran yang berkesan. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan murid akan meningkat. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang pengetahuan mereka. iii. Semangat Kerjasama Melalui aktiviti, murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat atau idea. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling bantu membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan. iv. Kesempatan Bertanding Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain. Apabila seorang murid mendapat pujian daripada guru mereka, maka murid yang lain akan berusaha untuk mendapatkannya. Ini akan membawa kepada perkembangan kemahiran murid-murid. 2.4.8 Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas Dalam pendidikan pemulihan khas, kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian, dalam menentukan kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri keperluan berikut perlu diambil kira. a. Tujuan i. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. ii. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. iii. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan. b. Cara Untuk Mengadakan Kelas Pemulihan Terdapat 3 alternatif i. Sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi hendaklah tidak melebihi 15 orang. ii. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. iii. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Perhatian: Pemilihan mana-mana alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara guru kelas Pemulihan Khas dengan Guru Besar dan guru asas. c. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut: iii. Masa mengajar – 990 minit iv. Masa untuk persediaan dan panduan – 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadual Waktu) v. Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain. 2.4.9 Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM • memberi kelulusan untuk membuka kelas • memberikan latihan untuk guru pemulihan • menyediakan kewangan untuk pengurusan ii. Jabatan Pelajaran Negeri • melantik guru-guru pemulihan • memantau pelaksanaan • memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang ditetapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri. iii. Pejabat Pelajaran Daerah  memantau pelaksanaan program  menggerakkan aktiviti di peringkat daerah  memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan  memastikan pihak sekolah menghantarkan data iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah • memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran yang sedang berkuatkuasa • mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah • memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk Program Pemulihan • Memastikan data dikemukakan kepada PPD dan JPN pada waktu yang ditetapkan • Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup • Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas pemulihan berada dalam kelas berkenaan • Menyalurkan kewangan 2.4.10 Pengurusan Program Pemulihan Khas i. Pencalonan a. Pada akhir Tahun 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3) b. Selepas Ujian Semester 1 c. Dicalonkan oleh:  Guru besar  Guru kelas/guru subjek  Guru pemulihan  Ibu bapa d. Pencalonan dibuat melalui: • pengumpulan maklumat • Borang Latar Belakang • Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan buku latihan ii. Ujian Saringan Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam kemahiran asas Bahasa Melayu dan Matematik – menilai semula apa yang telah dipelajari di dalam kelas. a) Bentuk dan Skop • Ujian bertulis • Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari • Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan Ema boleh diguna pakai b) Pentadbiran Ujian • dilaksanakan secara kumpulan • murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan • masa dihadkan • keperluan alat tulis yang lengkap c) Kriteria Pemilihan Murid • Murid yang gagal Ujian Saringan • Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus • Jenis masalah yang dihadapi murid iii. Ujian Diagnostik Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus. a. Jenis Ujian Diagnostik  Ujian Pengamatan (UDP)  Bahasa Melayu (UDBM)  Matematik (UDM) b. Tujuan Ujian Diagnostik • membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid • membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran • membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid • membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik • membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid c. Bila dilaksanakan • selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan • setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran baru d. Subjek yang diuji • BM dan Matematik • Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid e. Pembinaan Ujian Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan : Kemahiran yang hendak diuji  Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.  Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.  Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.  Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.  JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek  Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh  Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana dan susah  Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat  Bentuk soalan: - padanan / suaian - pelbagai pilihan / diskriminasi - mengisi tempat kosong - benar / salah f. Pentadbiran Ujian • dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat • secara kumpulan atau individu • ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis. • Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa • Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan • pemerhatian guru perlu semasa ujian • Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa. • jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian • Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi g. Analisis Ujian • dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji • jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran • jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran • Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam Borang Analisis • Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain h. Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran • Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka objektif pengajaran dan pembelajaran Contoh: - Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul - Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan Murid pemulihan khas adalah berbeza dengan murid bermasalah pembelajaran. Murid pemulihan khas adalah murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran. Manakala murid bermasalah pembelajaran pula telah diakui oleh pakar perubatan menghadapi masalah disebabkan oleh faktor kognitif. Murid di kelas pemulihan khas jika diajar dengan pendekatan, strategi dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid, mereka akan pulih kerana mereka bukan bermasalah disebabkan oleh faktor kognitif. iv. Ujian Diagnostik Pengamatan a. Rasional Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan. b. Apa itu pengamatan: - Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” - mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan. - Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. c. Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan: • Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. • Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu-satu objek • Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. • Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas. • Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing. • Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. d. Komponen Ujian Pengamatan: • Diskriminasi yang sama (Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, • Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, • Diskriminasi saiz (Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, • Diskriminasi kedudukan (Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya, • Koordinasi Motor –mata –tangan. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya. • Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. • Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. • Turutan (Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri. • Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. • Menyalin (Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. e. Panduan melaksanakan ujian pengamatan • Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang dalam komponen pengamatan. • Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan. • Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu. • Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. • Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. • Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel. 2.4.11 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas • Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik • Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) • Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) • Menentukan kumpulan murid • Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar • Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai • Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) • Menyediakan bahan Pemulihan Khas • Menyediakan aktiviti 2.4.12 Penilaian • Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian • Analisis • Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa 2.4.13 Tindakan Susulan • Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu dilaksanakan secara berterusan 2.4.14 Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas Pemulihan Biasa Pemulihan Khas  guru ada asas latihan keguruan  ada asas perguruan dan kursus khas  dijalankan semasa proses p - p kelas biasa  dijalankan pada waktu tertentu  perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar  hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik  murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan  murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan  ujian bulanan atau penggal  ujian pencapaian bagi setiap kemahiran  tidak perlu ujian saringan atau diagnostik  perlu ujian saringan dan diagnostik  tidak memerlukan rekod yang terperinci  penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting  kekal dalam kelas  murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran  pemulihan dilakukan secara umum  pemulihan dilakukan secara khusus  murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran  keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas  pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru  perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah  bilangan murid tidak dihadkan  bilangan murid maksimum 15 orang  jadual berdasarkan mata pelajaran yang diajar  jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan  terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajar  perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah Daripada maklumat banding beza di atas, cuba anda rumuskan konsep pemulihan. Kemudian, rujuk guru pemulihan di sekolah tempat anda bertugas sekarang. Bandingkan maklumat di atas dengan perjalanan program pemulihan di sekolah anda. Rumusan: Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami dengan mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan dapat mencapai objektifnya. Guru juga perlu menguasai beberapa kaedah pengajaran sebelum merancang aktiviti. Aktiviti 2 1. Nyatakan perbezaan pelaksanaan aktiviti pemulihan di dalam kelas biasa dan Pemulihan Khas. Berikan contoh-contoh yang sesuai. 2. Pilih dua kemahiran lisan dan satu kemahiran bacaan daripada sukatan pelajaran tahap satu. a. Tuliskan objektif pelajaran yang hendak dicapai melalui kemahiran tersebut. b. Rancangkan langkah-langkah pemulihannya. 3. Apakah yang harus diambil kira ketika membahagikan murid-murid pemulihan kepada kumpulan-kumpulan tertentu ? Tajuk 3 Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran • Kemahiran Lisan • Kemahiran Membaca • Kemahiran Menulis 3.1 Sinopsis Masalah pembelajaran bahasa boleh dikesan dalam semua bidang kemahiran bahasa , iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain bidang kemahiran bahasa, masalah pembelajaran boleh juga dilihat dalam pelbagai aspek bahasa seperi aspek fonologi, ejaan, tatabahasa, perbendaharaan kata, dan sematik. Sehubungan iu, sebahagian besar daripada masalah pembelajaran ini adalah dihasilkan oleh pengaruh latar belakang murid. Justeru keanekaan latar belakang dari pelbagai bangsa, bahasa, agama dan kebudayaan itu juga merupakan masalah dan cabaran bagi guru yang mengajar bahasa khasnya Bahasa Melayu . 3.2 Hasil Pembelajaran i. Mengenal pasti kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti kemahiran lisan; ii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran membaca; iii. Menjelaskan tentang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti kemahiran menulis 3.3 Kerangka Konsep 3.4 Perkembangan Bahasa Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan 3.4.1 Definisi Bahasa: i. Mengikut Prof Atan Long bahasa ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai makna yang diterima oleh masyarakat amnya 3.4.2 Fungsi-Fungsi Bahasa i. Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat. ii. Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan orang lain. iii. Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi. iv. Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri. v. Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial. vi. Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu yang telah dialami. vii. Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif. 3.4.3 Kemahiran-kemahiran asas dalam Bahasa Melayu a. Kemahiran Lisan b. Kemahiran Bacaan c. Kemahiran Tulisan d. Kemahiran Ejaan 3.4.4 Kemahiran Lisan i Pengenalan Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. 3.4.5 Kemahiran-kemahiran Asas dalam Lisan i Kemahiran Mendengar Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran mendengar jika ia boleh: • Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa. • Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. • Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan. • Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa. • Mendengar secara kritikal. • ” auding” • Mengikut arahan. • Memahami urutan atau sekuan. • Mengingat kembali. • Menentukan idea utama / terpenting. • Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan. ii. Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. 3.4.6 Kepentingan Lisan Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Teori psikologi mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas. Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Pada prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar. 3.4.7 Pengesanan Daerah Kelemahan Lisan Guru boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan intonasi pertuturan mereka ketika menjalankan gerakerja / aktiviti lisan. Guru boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk: • Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa. • Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa. • Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat. • Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran. • Mendengar secara kritikal. Guru boleh mengesan atau menguji kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid. Guru juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”. 3.4.8 Cara Memperbaiki Kelemahan-kelemahan Lisan  Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.  Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.  Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khusus murid-murid.  Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..  Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.  Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.  Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya. 3.4.9 Perkara-perkara Penting Dalam Pengajaran Lisan Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian : i. Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah. Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada. ii. Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid. iii. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu. iv. Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal. v. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri. vi. Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu dengan : • Memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian. • Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika. • Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur. vii. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali dua sahaja. viii. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid. ix Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan. 3.4.10 Kemahiran Bacaan i. Definisi Membaca Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Kesimpulan Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid. 3.4.11 Proses Bacaan i. Bacaan Sebagai Proses Sensori (KEDERIAAN) a. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang. b. Pendengaran : Pendengaran yang jelas. ii. Membaca Sebagai Proses Pengamatan (PERSEPTUAL) a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan. b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih. c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar. d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan. e. Sintesis : Membuat kesimpulan iii. Membaca Sebagai Proses Bahasa (LINGUISTIK) a. Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. iv. Membaca Sebagai Proses Mental (KOGNITIF) a. Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman. 3.4.12 Kesediaan Membaca Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu. i. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca a. Keadaan Fizikal • Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang. • Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. • Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu. • Umur: Peringkat umur yang berbeza. • Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca. • Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya. • Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am. b. Pengalaman Dan Persekitaran Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai. c. Emosi, Motivasi dan Sahsiah • Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi. • Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca . • Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain. d. Kecerdasan dan Perkembangan Kognitif Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza. e. Daya Diskriminasi (Pengamatan) • Diskriminasi Penglihatan. • Diskriminasi Pendengaran. f. Pengusaan Bahasa • Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa. 3.4.13 Masalah-masalah Dalam Bacaan i. Bentuk Huruf • Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya. • Huruf terbalik. • Bunyi huruf yang seakan-akan sama. • Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya. • Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda. • Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah. ii. Peringkat Suku Kata • Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup. • Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet. • Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata. • Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan. • Salah memecah / membatang suku kata. • Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata. • Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding. • Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal. • Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan. iii. Kesukaran Dalam Pengamatan • Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan. • Mengeja sebelum membaca. • Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut. • Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan • Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan. • Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya. • Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. • Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama. • Menyebut perkataan mengikut loghat. iv. Kesukaran Membaca Peringkat Ayat • Menggantikan perkataan dengan perkataan lain. • Tertinggal. • Pembalikan perkataan. • Mengulang. • Merangkak-rangkak. • Membaca mengikut loghat. v. Strategi Membantu Kanak-Kanaka Ke Arah Membaca • Mengenal pasti kanak-kanak. • Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut. • Susun strategi pemulihan. • Pelaksanaan. • Penilaian 3.4.14 Kemahiran Tulisan i. Definisi Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. ii. Peranan Tulisan Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.Untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta akat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini). Untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak , dan lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran serta perasaan yang bukan sahaja untuk diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga untuk seluruh insan umumnya. 3.4.15 Peringkat-peringkat Perkembangan Tulisan i Pra Tulisan Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. Pada Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: • Peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. • • Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain- lain. • Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. • Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan lain-lain. • Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan. ii. Tulisan Mekanis Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa. Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil / sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat : • Kemahiran mengawal dan memegang pensel. • Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. • Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. iii. Tulisan Kreatif Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk : • Membina ayat. • Mengarang cerita. • Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll. • Menulis surat kiriman. • Lain-lain yang berkaitan. 3.4.16 Masalah Tulisan Dalam Kalangan Kanak-Kanak Pemulihan  Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.  Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.  Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan  Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.  Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,  Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil.  Masalah pembalikan huruf atau perkataan.  Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.  Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.  Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.  Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.  Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.  Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.  Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.  Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul. 3.4.17 Cara-Cara Mengatasi Masalah Tulisan Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan masa yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. 3.4.18 Ejaan i. Definisi Ejaan adalah proses memilih serta mengadunkan lambang-lambang untuk melahirkan perkataan secara lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir mengeja tanpa bantuan guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperoleh melalui kemahiran membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah dalam ejaan. ii. Punca Kanak-Kanak Lemah Dalam Ejaan a. Lemah dalam ingatan penglihatan. • Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan. • Masalah penglihatan seperti rabun dan juling. b. Lemah dari segi Analisis Pendengaran. • Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. • Tidak boleh mengecam (mendengar ) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. • Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak. • Kemungkinan lemah dalam bacaan. 3.4.19 Aktiviti-Aktiviti Kemahiran Mengeja • Membina perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung ) Contoh: la bu la ku la yu la ki dll. • Mendiskriminasi perkataan. • Melengkapkan atau menambah perkataan. • Membina perkataan di dalam perkataan. • Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan. • Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau keluarga. • Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina. • Permainan teka teki. • Permainan Silang kata. 3.4.20 Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Untuk Murid- murid Pemulihan i. Mengenal pasti murid yang hendak dipulihkan ii. Mengenal pasti masalah iii. Strategi Pengajaran iv. Pelaksanaan v. Penilaian 3.4.21 Mengenalpasti Murid Yang Hendak dipulihkan i. Berdasarkan IPP2M (Instrumen Penentu Penguasaan 2M) ii. Berdasarkan PKBS, atau iii. Berdasarkan pemerhatian guru, atau iv. Berdasarkan perbincangan dengan guru besar, guru darjah, guru Bahasa Melayu, ibu bapa, atau kesemua di atas. 3.4.22 Mengenal pasti Masalah i. Masalah yang berkaitan dengan fizikal atau deria murid: • Adakah murid itu mengalami kecacatan atau masalah penglihatan, pendengaran atau pertuturan. • Jika masalah tersebut ’agak berat’, ianya memerlukan bantuan pakar yang berkemungkinan dikategorikan sebagai murid pendidikan khas. • Jika masalah tersebut ’ringan’ – memadai dengan menjalankan ujian pengamatan serta latihan-latihan yang berkaitan. ii. Masalah yang berkaitan dengan akademik murid: • Jalankan ujian diagnostik mengikut prosedur (contoh ujian diagnostik terdapat dalam buku Panduan - Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas – terbitan JPK, KPM) • Dalam buku tersebut ada 3 jenis ujian diagnostik BM, iaitu LISAN, PRAKTIK DAN BERTULIS. (Jalankan ujian LISAN dan BERTULIS sahaja) • Jangan fotostat semua helaian kemudian dibukukan dan diberi kepada murid untuk menjawab. • Beri sehelai demi sehelai. Masa menjawab tidak terhad. Guru tengok cara murid menjawab. Jika murid membuat kesalahan semasa menjawab, biarkan. Murid boleh menjawab secara individu atau kumpulan kecil. • Murid berhenti menjawab jika gagal menjawab 3 item berturut-turut. Jangan teruskan ujian. iii. Masalah yang berkaitan dengan hal-hal seperti sosial dan emosi iv. Masalah sosial seperti: • Selalu tidak hadir ke sekolah • Tiada galakan keluarga • Kemiskinan • Takut • Malu • Rasa rendah diri, dan lain-lain Perlu diselesaikan terlebih dahulu, dengan cara kaunseling, bantuan kewangan atau lain-lain bantuan yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah. 3.4.23 Strategi Pengajaran Setelah selesai menjalani ujian diagnostik, guru perlu menganalisis semua jawapan murid dan merekodkannya. Guru menyenaraikan semua masalah yang dihadapi oleh murid. Guru tampal senarai masalah di fail murid, agar mudah dirujuk. i. Strategi Kumpulan: • Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama; • Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid yang bermasalah; • Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru. ii. Strategi Individu: • Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan; • Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu; • Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan; Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu CONTOH : Objektif Pengajaran – menjadi objektif yang ditulis dalam buku rekod mengajar. Katakanlah ada 10 orang murid. Kumpulkan mengikut masalah yang sama, atau yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran guru. Mungkin terdapat 2 atau 3 kumpulan. Guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Berdasarkan contoh di atas. Katakanlah murid tersebut telah menguasai / membaca sukukata / perkataan kv + kv, guru terus beralih ke kemahiran seterusnya tanpa menjalankan ujian diagnostik lagi. Kemahiran tersebut perlu ditulis di ruangan ’objektif pengajaran’. Catatkan tarikh murid berjaya menguasai di ruangan ’tarikh menguasai’ 3.4.24 Pelaksanaan i. Guru perlu melaksanakan P&P mengikut turutan carta alir. ii. Terdapat beberapa kaedah pengajaran (membaca) seperti: • Kaedah abjad • Kaedah pandang dan sebut • Kaedah gabungan (bunyi) • Kaedah campuran, dan lain-lain iii. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keupayaan guru sendiri. iv. Pengajaran perlu meliputi 5 aspek: lisan, bacaan, tulisan, ejaan serta pemahaman. v. Dalam kelas pemulihan khas – hanya kemahiran asas ditekankan, manakala kemahiran-kemahiran seperti menulis karangan dan tatabahasa dipertanggungjawabkan kepada guru kelas atau lebih kepada pemulihan dalam bilik darjah (pemulihan KBSR). 3.4.25 Penilaian Penilaian dibuat kepada individu jika didapati seseorang murid itu telah dapat menguasai sesuatu kemahiran.Sekiranya didapati masih gagal, guru perlu mengkaji sebabnya (mungkin strategi guru tidak sesuai, dan perlu mengubah strategi).Jika murid tersebut telah berjaya menguasai sesuatu kemahiran, bolehlah beralih kepada kemahiran yang seterusnya. Murid dikembalikan ke kelas biasa apabila didapati murid tersebut telah menguasai kemahiran asas membaca menerusi Ujian Pencapaian. Anda masih o.k? Marilah kita mantapkan lagi pemahaman tentang pemulihan. Cuba uji (hubung kaitkan) maklumat di atas dengan seorang murid anda. Catat kelemahan yang dihadapi oleh murid anda itu. Rumusan Langkah-langkah menjalankan sesi pemulihan adalah seperti berikut: 1. Kenal pasti dan menganalisis: • murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian; • masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik; • punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran. 2. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. 3. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang. 5. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai. 6. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih. Langkah-langkah yang dinyatakan di atas boleh digrafikkan sebagaimana rajah yang berikut: Aktiviti 3 Kejayaan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran banyak bergantung kepada ketepatan guru membina objektif pembelajaran, khususnya bagi masalah yang hendak diatasi. Perancangan persediaan mengajar yang rapi juga dapat membantu melicinkan pelaksanaan aktiviti pemulihan. Oleh itu, guru haruslah mahir dalam membina objektif yang tepat. a. Berdasarkan kepada penggabungjalinan kemahiran berikut, bina objektif pembelajaran yang sesuai. i. Menyatakan permintaan mengikut situasi tertentu. ii. Mengeja dan membunyikan perkataan. iii. Membina dan menulis perkataan daripada huruf dan suku kata. b. Pilih kemahiran yang sesuai untuk mengatasi masalah murid membaca merangkak-rangkak. Sediakan satu persediaan mengajar yang lengkap. Anda mungkin letih setelah meneliti dan melaksanakan tugasan berkaitan modul ini. Berehatlah dahulu. Dalam pada itu, fikirkan pula apa yang dimaksudkan dengan Pendidikan Pengayaan. Tajuk 4 Pendidikan Pengayaan • Konsep Pendidikan Pengayaan • Objektif dan Prinsip Pendidikan Pengayaan • Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti 4.1 Sipnosis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengenal pasti konsep pendidikan pengayaan dan kepentingannya, terutamanya dalam strategi pengajaran Bahasa Melayu yang didasari oleh kesepaduan 5P yang mana salah satu ‘P’ tersebut adalah elemen pengayaan. Pelajar perlu sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran yang baik adalah mengikut kemampuan dan kebolehan individu iaitu murid-murid yang berbeza. Pada umumnya dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, terdapat tiga kumpulan murid iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lembam. Kemampuan setiap kumpulan ini berbeza mengikut tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan kepada mereka. Oleh itu, pelajar perlu tahu kesesuaian aktiviti kepada setiap kumpulan ini terutama yang cerdas. Sememangnyalah, murid cerdas akan berasa bosan jika disogokkan dengan aktiviti yang kurang mencabar kebolehan mereka. Sehubungan ini, wajarlah satu program pengayaan yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan aktiviti tambahan yang menarik dan mencabar disediakan sesuai dengan keupayaan murid tersebut. 4.2 Hasil Pembelajaran i. Menghuraikan dan menjelaskan kosep Pendidikan Pengayaan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. ii. Menganalisis dan menghuraikan objektif dan prinsip Pendidikan Pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. iii. Membuat banding beza antara Pendidikan Pengayaan dan Pendidikan Kreativiti. 4.3 Kerangka Konsep 4.4.1 Pendidikan Pengayaan i. Takrif Pengayaan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) mentakrifkan “pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) pula menjelaskan bahawa aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. Kesimpulanya. pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan minat , daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. ii. Kosep Pendidikan Pengayaan Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk semua murid sama ada cerdas, sederhana atau lemah. Mereka boleh mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbaga-bagai berdasarkan aktiviti yang sesuai untuk mereka. Aktiviti- aktiviti ini dibentuk supaya menarik dan mencabar selaras dengan peringkat pembelajaran murid-murid itu. Oleh itu, penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Jenis aktiviti ini hanya dijalankan setelah murid menguasai kemahiran-kemahiran asas. Mereka menggunakan segala kemahiran ini sebagai asas untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Tegasnya, aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu iii. Rasional Pendidikan Pengayaan Pada peringkat permulaan persekolahan, semua murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Pada hakikatnya, murid-murid adalah berbeza dari segi fizikal, emosi, minat, mental, bakat, latar belakang sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, pertimbangan yang wajar harus diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan oleh murid-murid tersebut. Kesilapan dalam memberikan perhatian dan menyediakan wadah yang sesuai dengan ciri-ciri murid dan tahap kemampuan mereka boleh menjadi punca masalah kerana ini berkemungkinan akan membantutkan minat belajar murid. contohnya, mereka berasa bosan kerana saban hari dan waktu dihidangkan dengan corak pembelajaran yang sama. Aktiviti yang dijalankan sama untuk keseluruhan kelas juga boleh menghilangkan keghairahan untuk belajar terutama bagi murid yang cerdas yang merasai aktiviti tersebut tidak mencaba kemampuan mereka. Aktiviti 4 – Perbincangan Kumpulan Aktiviti Mawar Melur Melengkapkan maksud pantun empat kerat yang bertemakan budi Melati Memenuhkan tempat kosong dalam pantun empat kerat yang bertemakan budi Cikgu Halimah telah memberi tiga aktiviti bertulis mengikut tahap pencapaian muridnya. Kumpulan Mawar = cerdas; Kumpulan Melur= sederhana dan Kumpulan Melati= lemah Berdasarkan rajah di atas apakah aktiviti pengayaan yang sesuai boleh dilakukan oleh murid Kumpulan Mawar? Jelaskan ciri-ciri pengayaan yang terdapat dalam aktiviti tersebut. 4.4.2 Objektif Pendidikan Pengayaan Pelaksanaan Pendidikan Pengayaan mempunyai beberapa objektif seperti: i. Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. ii. Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kearah perkembangan diri. iii. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat mereka. iv. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. v. Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan murid meneruskan pembelajaran seumur hidup. vi. Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kegiatan serta kebolehan mereka menilai hasil kerja sendiri. vii. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke pringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka. Aktiviti 5 Cikgu Samad mendapati murid-murid Tahun Enam Raya mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Mereka mempunyai ciri-ciri kanak-kanak pengayaan dan juga kreatif. Sehubungan itu, beliau ingin menjalankan aktiviti pengayaan yang membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka; menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah perkembangan diri; dan menggalakkan mereka meminati serta menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. Cuba anda berbincang secara berkumpulan dan bina satu aktiviti pengajaran kemahiran bahasa untuk mencapai hasrat Cikgu Samad itu. 4.4.3 Siapakah Murid Pengayaan? i. Mereka yang menguasai kemahiran “3M” serta berdaya pemikiran abstrak. Murid kategori ini berkemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang penting daripada hal yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat penganalisisan teks. ii. Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, pendengaran, dan pertuturan. iii. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling. iv. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif. v. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Murid sebegini mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya mereka yang yang lain. SASARAN MURID 4.4.3 Prinsip Pendidikan Pengayaan Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Guru hendaklah membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan murid-murid mengikut peringkat perkembangan, umur, dan kebolehan mereka. Antaranya adalah seperti berikut: i. Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ini boleh dijalankan sama ada secara perseorangan atau kumpulan. ii. Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yangb berbeza-beza. iii. Boleh berbentuk program harian atau berbentuk projek yang mungkin mengambil masa satu atau dua minggu. iv. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid. v. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau diperoleh daripada pasaran. Sebaik-baiknya bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara lngsung atau tidak langsung. Dengan demikian, secara kesimpulannya, aktiviti pengayaan itu memberi penekanan kepada penggunaan daya usaha sendiri; membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. Aktiviti pengayaan juga memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental, dengan menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah serta melibatkan pembacaan luas. Semua ini akan memberikan murid peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial mereka. Rumusan Prinsip Pengayaan Aktiviti 6 Berdasarkan prinsip pendidikan pengayaan iaitu bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru; cadangkan satu aktiviti pengayaan untuk memenuhi hasil pembelajaran di atas. 4.4.4 Pendidikan Kreatif Kreativiti adalah satu sikap atau tabiat atau bakat yang boleh kita gunakan samada untuk ke arah kebaikan atau keburukan. Kreativiti memang perlu ada. Namun begitu bakat pun kena ada. Dengan demikian, sudah tentunya kreativiti itu seiring dengan inovasi dan bukan motivasi semata-mata. Justeru, kreativiti itu, sudah tentunya menggunakan minda untuk kita fikirkan segala macam yang ingin kita rekaciptakan. Sehubungan itu pula Pendidikan Kreatif adalah sebuah upaya melakukan pendidikan yang berorientasi pada pengembangan murid yang kreatif dan inovatif. Pendidikan ini didasarkan bahawa setiap murid itu mempunyai potensi yang berbeza-beza yang dapat dikembangkan menjadi individu yang kreatif dan unggul. Kebiasaan melakukan kegiatan pembelajaran dengan hanya memindahkan ilmu sudah tidak sesuai lagi untuk pembelajaran masa ini. Kemampuan guru yang memberikan corak pembelajaran seperti ini hanya akan menciptakan murid yang pandai menghafaz, tidak kompetitif dan tidak mempunyai semangat juang. 4.4.5 Maksud Kreativiti Jika kita singkap konsep kreatif itu sendiri, ia bermaksud bersendikan kemampuan untuk mereka; mencipta atau mengilhamkan (Kamus Times Chambers Combined Dictionary 1996:299). Ia juga disinonimkan dengan istilah seperti artistik, bervisi, inovatif, asli dan produktif. Perkataan “kreativiti” berasal daripada perkataan Barat creativity yang bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin creare yang bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk memenuhi (Young 1999). Namun begitu menurut Torrance (1988) adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan . Tambah beliau lagi sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar untuk mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata. Selain daripada itu menurut Isaksen (1987) pula, kesukaran untuk memberikan satu definisi kreativiti yang tepat mempunyai kaitan dengan sifat kreativiti itu sendiri yang saling bergantungan antara disiplin atau bidang. Lantas itu , tiada satu disiplin pun yang boleh mendakwa bahawa hanya disiplin itu sahaja yang berhak untuk mengkaji kreativiti. Walaupun definisi kreativiti atau kreatif itu adalah pelbagai. Sebagai rumusannya dapatlah disimpulkan bahawa kreativiti itu adalah kemampuan untuk mencipta sesuatu yang asli,unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi ( Hassan,1991.). Kreativiti juga boleh dilihat ssebagai kecerdasan kreatif yang mengandungi empat gaya iaitu intuitif, inovatif, imaginatif dan ilham bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza (Rowe, 2004) Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru. Oldham dan Cumming (1196) pula menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru. Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti. Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat. Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:- i. Peringkat ekspresif ii. Peringkat produktif iii. Peringkat inventif iv. Peringkat inovatif v. Peringkat emergentif 4.4.6 Pembelajaran Kreatif Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah melakukan pelbagai inovasi dalam bidang kurikulum supaya pendidikan dapat berubah selari dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sama ada dalam atau luar negara. Di antara inovasi dalam bidang kurikulum yang telah dijalankan ialah penggubalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Salah satu objektif KBSR ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif murid ( Pusat Perkembangan Kurikulum,2003). Oleh itu , banyak pembaharuan telah diperkenalkan yang menjadikannya lebih mesra kreativiti berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Salah satu aspek pembaharuan yang diberikan perhatian yang serius dalam KBSR yang membantu ke arah meningkatkan daya pemikiran kreatif murid ialah aspek pembaharuan dalam gaya pengajaran guru. Sebagai contohnya, dalam KBSR gaya pengajaran guru yang berpusatkan murid adalah ditekankan berbanding KLSR yang lebih berpusatkan guru . Ini adalah kerana murid-murid seharusnya diberikan banyak ruang dan peluang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat . Sememangnya, aspek hard skill adalah mengembangkan keterampilan teknis dan analisis. Keterampilan ini berupa kemampuan murid untuk dapat mengikuti satu keterampilan di sekolah sesuai dengan bakat, minat dan kemampuan mereka. Keterampilan ini dikembangkan agar murid mempunyai semangat juang yang tinggi dan jiwa persaingan yang sihat. Dengan itu, sekolah sepatutnya dapat memberikan semua kegiatan yang diminati oleh murid sesuai dengan minat dan kemampuannya. Hal ini diperlukan agar bakat yang terpendam dapat disalurkan dan dikembangkan secara optimal. Kemampuan teknis ini sangat diperlukan supaya nanti mereka mampu menciptakan lapangan kerja yang kreatif. Begitulah juga, motivasi guru harus senantiasa disuntik kepada murid agar kemampuan mereka untuk mencuba sesuatu dapat dilakukan. Kesimpulannya, hard skill berkaitan dengan kemampuan atau kompetensi inti dari suatu bidang ilmu. Kemampuan ini banyak diperoleh dari proses pembelajaran di dalam kelas. Kemampuan ini ditentukan melalui suatu kurikulum sehingga secara otomatis merupakan hasil dari proses pembelajaran pada umumnya. Kemampuan berupa hard skill lebih mudah dilakukan pengukurannya, karena memang kemampuan ini sering dijadikan dasar penentuan kelulusan pada setiap aspek pendidikan. Namun begitu, kita tidak boleh pula mengabaikan sot skill. Soft skill sering kali tidak didapatkan dari proses pembelajaran di dalam kelas kerana keterbatasan waktu yang tersedia. Sekolah sering kali terbebani tuntutan penguasaan hard skill sebagaimana ditetapkan dalam kurikulum. Kemampuan soft skill mencakup (a) kualiti pribadi, seperti tanggung jawab, kepercayaan diri, kemampuan bersosialisasi, pengendalian diri, dan integriti atau kejujuran; dan (b) keterampilan interpersonal, seperti berpartisipasi sebagai anggota kelompok, mengajar (bemberi pengetahuan) kepada orang lain, melayani pelanggan, kepemimpinan, kemampuan negosiasi, dan mampu bekerja dalam keragaman. Soft skill ini melengkapi hard skill, yang boleh dikatakan juga sebagai persyaratan teknis dari suatu pekerjaan. Sedangkan life skill adalah kemampuan atau keterampilan seseorang dalam menghadapi berbagai persoalan yang terjadi di lingkungan masyarakat serta bagaimana mengupayakan penyelesaiannya. Kesimpulannya , Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif ialah: a. pengurusan b. komunikasi terbuka c. teknologi d. penyelesaian masalah e. budaya f. strategi g. kepimpinan dan h. pemikiran 4.4.7 Langkah-langkah Mewujudkan Pembelajaran Kreatif i. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan murid untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada murid. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif murid. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif murid tentang sesuatu yang dipelajari. Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Murid juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan murid daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan murid. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada murid. Juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi. Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat murid yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya. ii. Pemikiran Kreatif Pembelajaran kreatif membentuk pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh (Rikards, 1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities .” Persoalan pertama ialah sejauhmanakah benarnya kenyataan bahawa kreativiti para murid sememangnya boleh dipertingkatkan dalam bilik darjah? Persoalan kedua pula ialah mengenai bagaimanakah para guru boleh membantu meningkatkan kreativiti murid atau apakah sikap,pendekatan atau tindakan yang guru perlu tunjuk dan lakukan untuk merangsang kemampuan kreatif murid? Cropley (1992) pula menambah bahawa semua murid tanpa mengira tahap kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen dan divergen. Pemikiran divergen adalah pemikiran yang dikaitkan dengan kreativiti. Begitu juga, konsep “cuba jaya” (trial and error) harus benar-benar diterapkan dalam pendidikan ini. Kemampuan bersaing juga perlu ditanamkan dalam diri murid. Bagi menjawab soalan yang kedua iaitu bagaimanakah kreativiti boleh dipertingkatkan, beberapa percubaan telah dilakukan untuk membangunkan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan kreativiti dalam bilik darjah. Secara keseluruhannya pendekatan itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: a. Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail pengajaran guru atau pedagogi b. Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik khusus c. Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut: a. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik. b. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern of sameness. c. Berfikir di luar kotak atau” thinking outside of the box”. d. Melihat sesuatu daripada perspektif baru. e. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru. f. Membuka minda dengan idea-idea baru. g. Mencabar andaian. h. Mencipta sesuatu yang baru. i. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan. j. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil Dengan itu, pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif mengenal pasti beberapa konsep pemikiran seperti berikut: a. Cuba jaya b. Celik akal c. Mencari makna d. Pembentukan konsep e. Pembinaan maklumat f. Penaakulan deduktif g. Penaakulan induktif h. Penyeselaian masaalah iii. Iklim Pembelajaran Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu pembangkitan tingkah laku kreatif dalam kalangan murid. Untuk itu tambah beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas murid. Namun begitu, iklim fizikal dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim emosional tidak menyokong kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan murid keselamatan peribadi untuk bereaksi terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para guru sediakan di hadapan mereka. iv. Ciri Murid Cropley (1992), pula menekankan tiga aspek yang terdapat dalam diri murid iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Penekanan terhadap aspek kognitif murid bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisis, kemampuan untuk mendefinisikan masalah dan kebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri muridnya. Penekanan terhadap aspek personaliti pula bermaksud guru mempromosikan ciri-ciri personaliti seperti autonomi, toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara yang kompleks. Akhirnya, penekanan terhadap aspek motivasi pula menitikberatkan kepada usaha guru untuk memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan daripada didominasi oleh ganjaran luaran v. Peranan Guru Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara yang membolehkan murid memindahkan apa yang telah mereka pelajari kepada masalah baru yang cuba diselesaikan . Dalam perkataan lain, pada pandangan mazhab kognitif pengajaran kreatif berlaku apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu murid memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: a. Menggalakkan murid untuk belajar secara bebas. b. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan murid dan bersepadu secara sosial. c. Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen. d. Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh murid kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. e. Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel. f. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan. g. Mengambil segala cadangan dan soalan murid secara serius atau bersungguh-sungguh. h. Menawarkan murid peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai keadaan Membantu murid belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya murid akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa. Sebagai kesimpulannya, murid harus diberi kebebasan untuk menentukan apa yang ingin dipelajari. Pengajaran haruslah menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Kesilapan dan kealpaan murid tidak harus dijadikan sebab untuk mendenda kerana denda mematikan langsung minat murid untuk belajar. Murid yang melakukan kesalahan tidak harus didenda bahkan dibimbing.. Kreativiti tunjangnya adalah emosi, perasaan dan kasih sayang. Tanpa emosi, cinta kasih dan sayang kreativiti itu hanyalah garis-garis hitam di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang tidak dapat direalisasikan pun. 4.4.8 Faktor-faktor Penghalang Kreativiti Walaupun perancangan teliti telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran, namun terdapat kajian-kajian yang telah dijalankan dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan yang menunjukkan bahawa KBSR tidak diikuti dan dilaksanakan sepenuhnya dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, terdapat sungutan dari pelbagai pihak bahawa dalam perlaksanaan KBSR terdapat tanda-tanda bahawa teknik pengajaran mulai berpatah balik kepada cara lama iaitu pengajaran secara kelas masih diamalkan sepanjang waktu (Omar Mohd. Hashim 1991). Jemaah Nazir Sekolah (JNS) Kementerian Pendidikan, berkata dapatan JNS mendapati bahawa guru kurang yakin serta kurang keupayaan untuk melaksanakan KBSR secara total. Setiap tahun JNS memeriksa antara sepuluh ribu hingga dua puluh ribu guru mengajar . Daripada jumlah itu lebih 90% guru yang diperiksa dan didapati tidak berkeupayaan itu adalah mereka yang telah didedahkan dengan kursus latihan KBSR . Ternyata kursus-kursus tersebut kurang berkesan kerana terdapat guru yang kurang berpegetahuan dan kurang cekap dalam pengajaran mereka. Begitu juga, hanya segelintir guru yang merancang terlebih dahulu penerapan nilai murni, kandungan mata pelajaran, aspek bahasa, aplikasi dalam kehidupan seharian dan sebagainya” (Utusan Malaysia 5 September, 1996). Dengan itu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa sekiranya aspek yang penting dalam pengajaran seperti kandungan mata pelajaran tidak dirancang oleh sebahagian besar guru, apatah lagi aspek yang dianggap sebagai kesan sampingan sahaja seperti memupuk pemikiran kreatif murid. Hakikat ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh (Idris,2002) yang telah menganalisis wacana pedagogi beberapa buah sekolah di Malaysia melalui rakaman audio sepuluh aktiviti pembelajaran yang berlaku di bilik-bilik darjah . Beliau telah menyimpulkan bahawa guru bukan sahaja mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah bahkan guru juga banyak mengemukakan soalan-soalan tertutup. Kajian-kajian menunjukkan bahawa agak sukar untuk memupuk kreativiti kiranya guru sahaja yang mengawal dan menguasai suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk memupuk kreativiti dalam bilik darjah interaksi guru dengan murid mestilah dua hala. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi murid juga harus memainkan peranan yang aktif di samping memberikan maklum balas. Selain dari itu, soalan-soalan tertutup adalah soalan yang memerlukan murid memberikan satu jawapan yang betul dan tepat . Biasanya bila menjawab soalan-soalan tertutup murid banyak menggunakan pemikiran konvergen iaitu pemikiran yang logik, sistematik, berstruktur dan tidak menggunakan daya imaginasi. Oleh kerana itu soalan-soalan tertutup tidak membantu dalam meningkatkan daya kreativiti murid. Yong (1989) pula menyatakan bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan murid yang berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian murid tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah ; namun hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafaz dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan. Lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan. Selain dari itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan murid di akhir tahun KBSR juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan murid yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan murid yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan (Toh, 2003). Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa pengajaran kreatif berlaku apabila guru mengajar sesuatu mata pelajaran dengan cara yang dapat membantu murid memindahkan apa yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Namun ada juga terdapat guru yang melakukan sebaliknya. Maka tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti murid adalah seperti berikut: i. Guru tidak menggalakkan murid mengeluarkan idea mereka sendiri. ii. Guru tidak merasa yakin pada diri mereka sendiri. iv. Guru menggalakkan pembelajaran secara hafazan. iv. Guru menpunyai minat yang sempit. v .Guru sukar dihubungi di luar bilik darjah 4.4.9 Siapakah Murid Cemerlang? i. Murid cemerlang sentiasa berusaha untuk menjadikan dirinya lebih baik dari semasa ke semasa (hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.) ii. Murid cemerlang sentiasa menganggap satu kegagalan bukan gagal buat selama-lamanya. iii. Murid cemerlang akan menjadikan kesilapan yang lalu sebagai pembantu, bukan sebagai penghalang kejayaan. iv. Murid cemerlang menjadikan kesilapan itu satu penguat semangat bukannya pematah semangat. v. Murid cemerlang mempunyai keyakinan diri, jika orang lain boleh kenapa dia tidak. vi. Murid cemerlang menghadapi cabaran dengan bijaksana. 4.4.10 Kesimpulan Semua manusia mempunyai pelbagai kecerdasan tetapi dalam darjah yang berbeza. Sebagai contoh terdapat individu yang kurang berbakat dalam muzik tetapi mempunyai bakat dalam logika atau penaakulan. Oleh yang demikian, sintesis pengetahuan dengan menggunakan integrasi pelbagai jenis kecerdasan ini untuk mengatasi kecerdasan murid yang lemah adalah digalakkan. Sesungguhnya, individu memperoleh penghargaan sebenar melalui pendekatan kecerdasan yang pelbagai dan untuk menguatkan kecerdasan mereka yang lemah. Dengan cara ini kita akan menghormati kebolehan masing-masing. Malahan perbezaan ini yang menjadikan manusia itu unik dan menarik sekali. Kesimpulannya, semakin banyak seseorang itu mengetahui sesuatu semakin mudah baginya menjadi kreatif. Aktiviti 7 – Perbincangan Tajuk 4 ini telah membincangkan konsep Pendidikan Pengayaan dan Pembelajaran Kreatif. Dengan itu, anda diminta mengenalpasti hubungkait pendidikan pengayaan dengan kreativiti dengan membuat bandingbeza ciri yang dipunyai oleh kedua-dua jenis pendidikan ini. Aktiviti 8 Pilih 3 jenis konsep pemikiran kreatif . Kemudian bina aktiviti pembelajaran pengayaan untuk kemahiran bahasa yang menerapkan konsep pemikiran yang anda pilih itu. . Tajuk 5 Prosedur Program Pendidikan Pengayaan • Strategi Pelaksanaan • Pengelolaan Aktiviti Pengayaan 5.1 Sinopsis Pengayaan merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam konsep bersepadu. Pelaksanaan aktiviti pengayaan perlu mempunyai strateginya tersendiri. Guru perlu memikirkan proses pembelajaran yang perlu dilalui oleh murid-murid sebelum melaksanakan aktiviti pengayaan. Di samping itu guru juga perlu merancang bagaimana untuk mengelolakan aktiviti pengayaan supaya objektifnya menepati kehendak sukatan pelajaran dan kemahiran dan ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu yang sepatutnya di kuasai oleh murid-murid. 5.2 Hasil Pembelajaran i. menjelaskan kerangka proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti pengayaan; ii. mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan; dan iii. memilih aktiviti pengayaan dan menghuraikan pengelolaan aktiviti tersebut dalam bentuk pengajaran dan pembelajaran 5.3 Kerangka Konsep\ 5.4 Strategi Pelaksanaan Strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan berasaskan kepada Proses Pengayaan itu sendiri seperti yang dipaparkan di bawah ini. Pembelajaran Penilaian Pencapaian Pencapaian Memuaskan tidak memuaskan Aktiviti Aktiviti Pengayaan pemulihan Murid yang berjaya dipulihkan boleh diberikan aktiviti pengayaan. Aktiviti Pengayaan Berdasarkan kerangka proses pengayaan di atas, murid yang melepasi tahap penilaian sesuatu objektif pembelajaran perlu diberikan aktiviti pengayaan. Murid yang tidak mencapai kepada objektif tersebut pula perlu menjalani aktiviti pemulihan. Jika murid tersebut berjaya dipulihkan mereka akan juga menjalani aktiviti pengayaan yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan oleh guru berdasarkan kepada dua strategi utama iaitu: i. Pilihan murid; Aktiviti ini lebih berfokus kepada pencapaian murid yang pelbagai. Murid ini akan menjalankan sendiri aktiviti pengayaan berasaskan kebolehan kendiri tanpa bantuan guru. Guru boleh bertindak sebagai pendorong atau penggalak. Aktiviti yang diberikan oleh guru lebih berbentuk belajar sendiri pada kumpulan cerdas dan sederhana. Penglibatan guru hanya pada peringkat penilaian. Murid-murid yang agak lambat bimbingan guru diperlukan. Kaedah pengajaran rakan sebaya boleh dilaksanakan supaya murid-murid bebas berinteraksi sesama mereka dalam proses pembelajaran. Penghargaan daripada guru amat penting selepas murid-murid berjaya menjalani aktiviti pengayaan. ii. Pilihan guru; Aktiviti pilihan guru ini diberikan oleh guru selepas murid-murid menguasai kemahiran asas dan dilakasanakan lebih formal di dalam kelas.jika dilaksanakan di luar kelas guru perlu membuat perancangan khusus. Tujuannya ialah untuk memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Guru boleh menggunakan buku teks, buku kerja dan buku panduan pengayaan. 5.5 Masa Pelaksanaan Pengendalian aktiviti pengayaan ini boleh dibahagikan kepada tiga cara iaitu: i. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari. Pelaksanaan konsep bersepadu 5P dalam pengajaran dan pembelajaran dalam aspek pengayaan selalunya dilakukan pada peringkat akhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana guru telah boleh mengesan pencapaian objektif dan penguasaan kemahiran dalam kalangan murid-muridnya. Oleh itu setiap satu sesi pengajaran dan pembelajaran guru harus telah menyediakan aktivti atau bahan pengayaan. ii. Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran. Aktiviti pengayaan selepas murid-murid menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran perlu dirancang supaya tiada aspek dalam kemahiran tersebut tertinggal. Murid-murid boleh melaksanakan secara individu, kumpulan atau secara kelas. Kekerapan mengadakan aktiviti pengayaan ini boleh diadakan mengikut mingguan atau bulanan. iii. Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran. Masa pelaksanaan aktiviti pengayaan apabila semua kemahiran telah dikuasai selalunya pada penghujung penggal atau semester. Konsep pengayaan lebih kepada menguji tahap pencapaian murid setelah menguasai semua kemahiran. Aktiviti pengayaan lebih berbentuk pengukuhan. Aktiviti 9 – Perbincangan • Huraikan aspek yang perlu diambil kira semasa guru merancang dan melaksanakan aktiviti pengayaan bagi murid-murid yang cerdas. • Bincangkan masa yang sesuai melaksanakan aktiviti pengayaan jika semua kemahiran telah dikuasai oleh murid-murid dan nyatakan bentuk aktivitinya. 5.6 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan yang dikendalikan oleh guru hendaklah berdasarkan kepada perkara yang berikut : i. Objektif aktiviti Objektif aktiviti haruslah berasaskan kepada kemahiran yang terdapat dalam huraian hasil pembelajaran mengikut kemahiran bahasa atau aspek bahasa yang sedia ada dalam sukatan pelajaran. Guru juga perlu peka dengan kemampuan murid-muridnya untuk mencapai objektif yang ditentukan sama ada pencapaian secara individu, kumpulan atau kelas. ii. Sasaran Sasaran lebih kepada murid-murid selain daripada target guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan sasaran sekolah. Murid yang cerdas perlu sentiasa diberikan aktiviti pengayaan supaya mereka rasa tercabar, tidak bosan dan membuang masa. Murid yang sederhana dan lemah pula perlu diberi pengayaan bertujuan sebagai pengukuhan penguasaan sesuatu kemahiran dan juga sebagai motivasi dalam pembelajaran. Rumusannya sasaran ini boleh ditumpukan kepada tiga kumpulan iaitu: a. Kumpulan cerdas, iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran lebih awal daripada masa yang ditetapkan. b. Kumpulan sederhana, iaitu murid-murid yang dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan. c. Kumpulan lembam, iaitu murid-murid yang tidak dapat menguasai pelajaran dalam masa yang ditetapkan. iii. Tempat Tempat untuk aktiviti pengayaan tidak semestinya bertumpu di dalam kelas sahaja. Pelaksanaannya boleh di dalam kawasan sekolah aataupun di luar. Di dalam kawasan sekolah aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan di dalam atau luar kelas sama ada di perpustakaan, dewan, di sudut bacaan, di padang, kantin dan lain-lain. Kalau pelaksanaan aktiviti pengayaan di luar kawasan sekoalh lebih bertumpu kepada aktiviti belajar sambil melawat atau projek-projek tertentu seperti ke Zoo Negara, Muzium Negara , Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, Sekolah Sukan Bukit Jalil dan lain-lain. iv. Bahan Aktiviti pengayaan banyak memerlukan bahan. Bahan yang dipilih perlulah mencabar dan menepati kehendak objektif pembelajaran. Guru boleh menggunakan pelbagai bahan sama ada di sediakan oleh pihak guru, murid atau sekolah. Antara perkara yang perlu difikirkan oleh guru dalam memilih bahan ialah; - Terkini - Menarik - Mencabar - Sesuai dengan kebolehan murid - Sesuai dengan bakat dan minat murid-murid - Berkaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai - Ada pembelajaran ilmu mata pelajaran Bahasa Melayu v. Penilian Setiap aktiviti pengayaan perlu ada penilaian supaya pencapaian objektif dapat diukur. Guru perlu menilai sama ada dengan memberi pujian, ganjaran gred, bintang, markah dan sebagainya. Sistem merekodkan pencapaian murid dalam aktiviti pengayaan sangat membantu guru untuk merancang aktiviti pengayaan yang seterusnya. 5.7 Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan tiada hadnya. Semakin kreatif guru merancang aktiviti pengayaan semakin banyak pengalaman murid-muridnya untuk memajukan diri dalam pembelajaran. Antara contoh aktivit pengayaan seperti dalam senarai di bawah. i. Kerja projek Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu , kumpulan atau kelas. Murid-murid merancang bersama-sama dengan guru untuk melaksanakan tugasan sama ada dalam bentuk kajian, lawatan, pameran dan sebagainya. Antara contoh kerja projek seperti dalam senarai yang berikut: • Membuat sudut bacaan di dalam kelas. • Membuat pameran sempena minggu bahasa. • Membuat buku skrap tentang cerita-cerita yang di dengar atau dibaca • Membuat lawatan ke tempat bersejarah dan membuat laporan lawatan. • Mengadakan pementasan drama pendek untuk menguji kemahiran lisan. • Melawat sekitar kawasan sekolah dan mencari jenis tumbuhan dan serangga untuk mengaitkan dengan simpulan bahasa yang telah dipelajari. ii. Penggunaan ICT Pengajaran bahasa melalui bantuan komputer banyak dilaksanakan sekarang ini. Terdapat pelbagai pengisian di pasaran dan ada yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Di samping itu pihak sekolah atau guru-guru ramai yang berkemahiran membina program pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Program yang digunakan hendaklah sesuai dengan kemampuan murid-murid. Antara contoh program pembelajaran bahasa melalui bantuan komputer seperti senarai yang berikut: • Ask • Linkword • Hangman • Ti-tac show • Crossword • Storyboard • Matchmasty • Choicemaster iii. Bacaan tambahan Bacaan tambahan bolehlah disamakan dengan bacaan ekstensif ( bacaan luas). Tujuannya supaya murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan, memantapkan kemahiran tatabahasa, ejaan, peristilahan, laras bahasa dan gaya bahasa. Murid-murid perlu digalakkan membuat rujukan dan dengan ini boleh memupuk minat membaca. Dalam program pengayaan ini bacaan luas yang dibuat oleh murid-murid perlu diikuti dengan tugasan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:  Kad bacaan  Membaca buku cerita mengikut tema  Pertandingan bercerita berdasarkan cerita yang dibaca.  Membaca majalah kanak-kanak dan melaporkan bahan yang dibaca.  Membuat kamus kecil – menyenaraikan perkataan antonim dan sinonim.  Memberi membuat catatan atau respons terhadap bahan yang dibaca. iv. Permainan dan Rekreasi Permainan dan rekreasi boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Aktiviti ini banyak mencungkil kreativiti dan kepantasan murid-murid berfikir.walau bagaimanapun kawalan guru amat penting sebab sifat semula jadi kanak-kanakyang suka bermain. Guru perlu peka untuk memastikan sambil murid-murid bermain atau berekreasi perlu ada pembelajaran bahasa di dalamnya. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah:  Dam  Catur  Bingo  Sahiba  Domino  Teka-teki  Jigsaw puzzle  Teka silang kata  Mencari benda tersembunyi  Meneka perkataan berdasarkan aksi  Mencari jalan keluar berdasarkan lakaran gambar, pelan, peta dan sebagainya. v. Pembelajaran akses kendiri Pembelajaran akses kendiri memberi tumpuan kepada minat dan kebolehan murid-murid. Mereka boleh memilih aktiviti mengikut minat mereka tetapi perlu kawalan guru dalam aspek kemahiran bahasa yang perlu mereka kuasai. Hal ini akan membantu murid lebih berdikari dan semangat ingin mencuba. Bahan-bahan pembelajaran boleh dimuat turun dari internet. Di samping itu bahan pembelajaran boleh juga menggunakan bahan bercetak, rakaman audio, radio, televisyen dan komputer. Aktiviti 10 • Sediakan sebuah rancangan pelajaran harian dengan memasukkan aktiviti pengayaan. • Rancang satu program permainan untuk aktiviti pengayaan dengan memasukkan tugasan Bahasa Melayu. 5.8 Rumusan Program pengayaan banyak membantu murid-murid untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna. Setiap guru tidak boleh mengabaikan aktiviti pengayaan tetapi lebih mentingkan menghabiskan sukatan. Jika aktiviti pengayaan dijalankan dengan berkesan murid-murid banyak mendapat mafaatnya. Mereka didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahun sedia ada dengan pengetahuan yang bahru dipelajari. Anda digalakkan melaksanakan aktiviti bacaan luas dengan mengakses maklumat di internet atau merujuk sumber bacaan yang berautoriti tentang aspek-aspek pemulihan dan pengayaan dalam konteks pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu Anda telah meneliti maklumat dan menyempurnakan tugasan tentang pemulihan dan pengayaan. Sila hubung-kaitkan maklumat tersebut dengan pengalaman anda sendiri dalam melaksanakan pengajaran pemulihan dan pengayaan itu di sekolah. Sehubungan dengan pengalaman anda itu, sediakan suatu refleksi terhadap keberkesanan pengajaran dan tindakan susulan yang diambil. Dokumentasikan refleksi anda itu. Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA. RUJUKAN Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt, dan Abd. Rahim Selamat. 1997. Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur: Longman Abdullah Sani. Y. 2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd Boon, P.Y. dan Ragbir Kaur. 1998. Psikologi 2. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Chambers, J.A. 1972. College teachers: their effect on creativity of students. Journal of Educational Psychology, 65, 326-334. Chua Yan Piaw. 2004. Perhubungan antara penumpuan perhatian ke atas pelajaran dan stail kemahiran berfikir. Tempawan: Jurnal akademik Maktab Perguruan Ilmu Khas. Jilid XXI. Cropley, A.J. 1992. More Ways Than One: Fostering Creativity. New Jersey: Ablex Publishing Corporation Hasan Langgulung. 1997. Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi & Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Idris, A. 2002. Analisis Wacana Pedagogi di Sekolah: Satu Kajian Kes. Laporan teknik penyelidikan SK/4/2002. Pusat Pengajian Bahasa &Linguistik.Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Isaksen, S. G. 1987. Frontiers of Creativity Research Beyond the Basic. New York: Bearly Jabatan Pendidikan Khas .1999a. Manual IPP3M. Kuala Lumpur Jabatan Pendidikan Khas .1999b. Buku panduan pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas. Kuala Lumpur Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998): Pengajian Melayu 5 dan 6. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Mayer., R. E. 1983. Cognitive views of creativity: creative teaching for creative learning. Contemporary Educational Psychology, 14. 203-211 Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM. Mohd. Yusof Rahim. 1995. Kemahiran Berfikir: Kaedah dan Strategi Pengajaran. Seminar Kemahiran Berfikir Peringkat Kebangsaan, UTM-30-31, 1995, Mok Soon Sang. 1991. Pedagogi 4- Pengujian dan Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka Shallcross, D.J. 1981. Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity to Children of All Ages. New Jersey: Prentice-Hall, Inc Toh, W.S., 2003. Student - centered Educational Beliefs &Teacher Education. Jurnal Penyelidikan MPBL, 4, 20-22. Torrance, E. P. 1973. Creative Learning and Teaching. New York: Dodd Mead. Torrance, E.P. 1988. The nature of creativity as manifest in its testing. In R. J. Sternberg (Ed.), The Nature of Creativity: Contemporary Psychological Perspectives (pp. 43-75). Cambridge University Press. Yong, L.M.S. 1989. A study of creativity and its correlates among form four pupils. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya. Young, J.G. 1999.What is creativity. Journal of Creative Behavior, 19 (2), 71-87 PANEL PENGGUBALAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKAN PN. ROSAINI BT KHALID Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Raja Melewar Seremban Kelulusan: Sarjana Linguistik UKM B.A (Hons.) Linguistik/Sastera UM Diploma Pendidikan -UM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (25 tahun) Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (7 tahun) PN. HJH RAFIAH BT DAUD Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban. Kelulusan: Sarjana Linguistik UKM B.A (HONS) Peng. Melayu / Sejarah UM Diploma Pendidikan UM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu ( 2 tahun) Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (30 tahun) DR MARIDAH BT HJ ALIAS Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu, IPGM Kampus Raja Melewar, Seremban Kelulusan: PhD-UPM Sarjana Sastera-UPM Sarjana Muda Pend. PBMP -UPM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (5 tahun) Guru Bahasa Melayu (20 tahun) NAMA KELAYAKAN PN. FAIZIAH BT HJ SHAMSUDIN Pensyarah, Jabatan Pengajian Melayu IPGM Kampus Raja Melewar Seremban Kelulusan: M.A BM UPM Bac. Pend. PBMP UPM Diploma Pendidikan -UM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Melayu (3 tahun) Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah (12 tahun) IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat